KANSAS: Polis Kansas City mengaitkan insiden tembak-menembak ketika meraikan kemenangan NFL Super Bowl di bandar itu dengan isu pergaduhan dan menolak sebarang kemungkinan tentang pengganas atau ekstremis. Pertengkaran dalam kalangan beberapa individu kelmarin mencetuskan insiden tembakan di sekitar stesen kereta api pusat bandar bersejarah itu yang mengorbankan seorang wanita dan mencederakan 22 yang lain. Ketua Polis Kansas City, Stacey Graves berkata, polis sudah menemukan beberapa senjata api yang digunakan di lokasi insiden tersebut. “Ini nampaknya pertikaian antara beberapa orang yang berakhir dengan tembakan. Keganasan itu berlaku berikutan sambutan berkenaan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya