TAIPEI: Kira-kira lapan belon milik China dikesan berada sekitar Taiwan, dengan dua daripadanya dilaporkan terbang melintasi ruang udara negara itu. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Taipei dalam satu kenyataan. Menurut kementerian, belon berkenaan dikesan semalam, sehari sebelum permulaan cuti Tahun Baharu Cina, pada ketinggian antara 4,572 meter hingga 11,582.4 meter. Ia merupakan jumlah tertinggi yang dikesan sejak kementerian secara kerap mengeluarkan data mengenai penampakan belon sejak Disember tahun lalu. China mendakwa Taiwan sebahagian wilayahnya dan tidak pernah menolak penggunaan kekerasan untuk membawa wilayah separa autonomi itu di bawah kawalannya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya