STOCKHOLM: Kerajaan Sweden memaklumkan negaranya akan menghantar aset dan peralatan ketenteraan yang bernilai AS$682 juta (RM3.27 bilion) kepada Ukraine. Bantuan ketenteraan itu sebagai sokongan kepada negara itu ketika berjuang untuk melawan pencerobohan Russia. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan Sweden, Pal Johnson dalam satu sidang akhbar ketika mengumumkan pakej bantuan bernilai 7.1 bilion kroner itu. “Sebab kami terus menyokong Ukraine adalah disebabkan soal kemanusiaan. “Russia memulakan peperangan yang melanggar undang-undang, tanpa provokasi dan tidak dapat dipertahankan,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya