SINGAPURA: Ramai golongan bujang di Singapura mendapatkan perkhidmatan bantuan profesional untuk mencari jodoh. Lapor Channel News Asia, agensi janji temu berkenaan mengaitkan peningkatan permintaan perkhidmatan itu berikutan lebih ramai mahu pendekatan yang lebih tersusun dan boleh dipercayai untuk bertemu pasangan mereka. Malah, jelas agensi itu, apa yang mengejutkan adalah individu seawal usia 20-an turut menyumbang kepada lonjakan pelanggan tersebut. Sebuah agensi janji temu menyatakan pihaknya menyaksikan pertambahan sebanyak 30 peratus dalam jumlah pendaftaran dan pertanyaan sepanjang dua tahun lalu, dengan ramai ahli baharu dari seawal usia 21 tahun. Peneraju agensi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya