LONDON: Raja Britain, Raja Charles III disahkan menghidap kanser 18 bulan selepas menaiki takhta. Penyakit kanser tersebut dikesan semasa rawatan baru-baru ini ketika baginda menjalani rawatan akibat masalah prostat. Istana Buckingham semalam mengumumkan Raja Charles, 75, sudah memulakan rawatan selepas kembali ke London dari Sandringham di Norfolk namun tidak memperincikan jenis kanser dan tahap kritikalnya. Baginda juga dilaporkan akan menangguhkan tugas membabitkan penampilan awam ketika menjalani rawatan tetapi berharap untuk kembali menjalankan tugasnya secepat mungkin. Raja Charles juga sudah memaklumkan kedua-dua anak lelakinya secara peribadi tentang diagnosis itu dan Putera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya