SEOUL: Korea Utara dilaporkan melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah hari ini, kata tentera Seoul. Pelancaran itu merupakan sebahagian daripada rentetan ujian senjata tahun ini yang disertai retorik semakin agresif daripada pemimpin Kim Jong Un. Setakat tahun ini, Jon Un mengisytiharkan Korea Selatan sebagai ‘musuh utama’ negaranya dan mengancam untuk berperang ‘walaupun 0.0001 milimeter (mm)’ pelanggaran wilayah. Pyongyang juga meningkatkan ujian senjatanya termasuk peluru berpandu jelajah, ‘sistem senjata nuklear bawah air’ dan peluru berpandu balistik hipersonik. “Pasukan tentera kami mengesan beberapa peluru berpandu jelajah yang tidak diketahui di perairan timur laut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya