KAHERAH: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mendakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menyelesaikan konflik antarabangsa dan mengkritik kekejaman Israel yang semakin berleluasa di Gaza. “Tingkah laku Israel tidak mempunyai sebab yang jelas. Hanya dengan menggunakan alasan untuk memerangi Hamas, Zionis membunuh wanita dan kanak-kanak,” katanya selepas pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi. Bercakap kepada Liga Arab, Lula berkata, Brazil mengutuk serangan Hamas ke atas orang awam Israel pada 7 Oktober lalu, tetapi menyifatkan tindak balas yang dilakukan Israel tidak seimbang, keterlaluan dan tidak boleh diterima. Lula menegaskan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya