JAKARTA: Calon presiden, Prabowo Subianto didakwa meminta nasihat daripada bekas Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono untuk membentuk Kabinet kerajaan yang ideal. Perkara itu dinyatakan oleh penganalisis politik dari Universiti Esa Unggul, Jamiluddin Ritonga. Lapor Kompas.com, Jamiluddin menganggap Susilo Bambang yang popular dengan panggilan SBY mempunyai pengalaman membentuk Kabinet kerana sudah 10 tahun menjadi presiden. Jamiluddin berkata demikian sebagai maklum balas terhadap pertemuan antara Prabowo dan SBY di Cikeas pada minggu lalu. Pada awalnya, Jamiluddin mendakwa SBY dan Prabowo dalam pertemuan tersebut mungkin membincangkan mengenai politik kontemporari di republik itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya