ISLAMABAD: Parti pimpinan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, Tehreek-e-Insaf (PTI) dan sekutunya memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya negara itu. Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan ketika mengisytiharkan keputusan akhir dalam pengundian yang sangat sengit. Lapor Al Jazeera, menurut suruhanjaya itu, beberapa calon bebas yang dikaitkan dengan Imran Khan memenangi kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pengundian pada 8 Februari lalu. Ia sekaligus membantu parti PTI mendahului dengan memperoleh 97 daripada 265 kerusi. Bagaimanapun, dengan tiada parti politik memenangi majoriti kerusi dan ramai pesaing mendakwa kewujudan penipuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya