ASHDOD: Ketika penduduk Gaza berdepan masalah kebuluran dan kekurangan air bersih yang teruk, kumpulan pelampau Yahudi di Israel sengaja mengeruhkan lagi keadaan apabila dilaporkan meneruskan tindakan menyekat bantuan kemanusiaan memasuki wilayah terkepung itu. SEKAT BANTUAN Lapor agensi berita Anadolu, kumpulan peneroka haram itu berkumpul berhampiran Pelabuhan Ashdod, kira-kira 38 kilometer di utara Semenanjung Gaza. Kumpulan itu bertindak menghentikan trak yang berlepas dari pelabuhan, memeriksa dokumen dan kargo untuk menentukan kandungan dan destinasi sambil disaksikan anggota polis. Seorang penduduk Yahudi di Baitulmuqaddis yang hanya dikenali sebagai Sharon berkata, dia datang bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya