THE HAGUE: Sekumpulan peguam dari Algeria bertindak memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pegawai Israel yang `terlibat dalam genosid atau pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin’. Menurut Algerian National Union of Bar Associations, tuntutan mahkamah itu turut ditandatangani oleh persatuan peguam Tunisia, Jordan, Mauritania dan Palestin. Jelasnya, tuntutan mahkamah itu berdasarkan dokumentasi yang dikumpulkan daripada sumber sahih. Malah, kata persatuan peguam itu, ia turut merangkumi gambar dan rakaman video yang mendedahkan perbuatan jenayah Israel di Semenanjung Gaza. Ia termasuk dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya