KAHERAH: Kerajaan Mesir didakwa sedang membina kem penempatan bertembok di Semenanjung Sinai untuk menerima rakyat Palestin dari Gaza yang kehilangan tempat tinggal. Perkara itu dilaporkan media Amerika Syarikat (AS) dan badan pemantau hak asasi manusia Mesir. Bagaimanapun Israel mendakwa pihaknya tidak bercadang untuk memindahkan penduduk ke sana ketika pasukan tenteranya sedang bersiap sedia melancarkan operasi darat di Rafah, selatan Gaza. Berdasarkan laporan The Wall Street Journal, `kawasan bertembok’ seluas 21 kilometer persegi sedang dalam pembinaan di sebelah sempadan Mesir. Jelas laporan itu, pembangunan itu adalah sebahagian `pelan kontigensi’ jika rundingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya