SEOUL: Korea Selatan mengarahkan doktor pelatih yang meletakkan jawatan secara beramai-ramai untuk kembali bekerja. Peletakan jawatan itu dibuat sebagai bantahan terhadap pembaharuan latihan perubatan ketika kerajaan merancang menggunakan doktor tentera untuk mengatasi kekurangan. Korea Selatan mengakui negaranya mempunyai nisbah doktor paling rendah dalam kalangan negara maju dan kerajaan sedang berusaha untuk menambah bilangan golongan itu bagi membantu masyarakat. Bagaimanapun, doktor menyuarakan bantahan terhadap rancangan kerajaan meningkatkan bilangan kemasukan pelajar ke sekolah perubatan secara mendadak, dengan mendakwa akan menjejaskan kualiti penyediaan perkhidmatan. Para pengkritik berkata, doktor bimbang dengan pembaharuan itu yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya