WASHINGTON: Sejumlah kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menerima hadiah berupa wang tunai AS$100 (RM478.33) dan barang kemas berjenama selepas menyimpan gigi patah di bawah bantal untuk diberikan kepada pari-pari gigi. Lapor Sky News, tinjauan Delta Dental menunjukkan purata nasional untuk `hadiah pari-pari gigi’ di AS meningkat daripada bawah AS$2 (RM9.56) pada 2001 kepada lebih AS$6 (RM28.70) pada tahun lalu. Namun, beberapa ibu bapa mengakui memberikan hadiah yang jauh lebih mewah kepada anak-anak mereka berbanding data tersebut. Bekas doktor gigi, Mark Burhenne mendedahkan beberapa kanak-kanak turut menerima wang tunai, permainan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya