YANGON: Junta Myanmar menguatkuasakan undang-undang membenarkan tentera memanggil semua lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas untuk berkhidmat dalam pasukan itu sekurang-kurangnya selama dua tahun selepas berdepan beberapa siri kekalahan kepada pakatan kumpulan bersenjata etnik minoriti. Negara Asia Tenggara itu bergolak sejak pengambilalihan tentera pada Februari 2021, yang menamatkan percubaan 10 tahun untuk mengekalkan demokrasi dan mencetuskan protes besar-besaran serta tindakan tegas terhadap perbezaan pendapat. Pasukan maklumat Junta menerusi satu kenyataan mengeluarkan pemberitahuan penguatkuasaan Undang-undang Perkhidmatan Tentera Rakyat yang bermula dari 10 Februari 2024. Undang-undang itu dikarang oleh Junta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya