GAZA CITY: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengusulkan pelan mentadbir Gaza pasca perang yang membayangkan pentadbiran di bawah Israel tanpa kaitan dengan Hamas atau penyokong asing di wilayah itu. Bagaimanapun, pelan itu dikecam hebat oleh sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS), selain ditolak oleh Pihak Berkuasa Palestin dan Hamas. Pelan yang dibentangkan kepada Kabinet keselamatan Netanyahu, akan menyaksikan tentera Israel meneruskan perang terhadap Hamas sehingga mencapai matlamat utama. Cadangan itu termasuk misi memusnahkan Hamas dan Jihad Islam serta memastikan pembebasan semua tebusan yang masih ditahan di Gaza. Selepas perang tamat, hal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya