RAFAH: Serangan udara Israel mengorbankan 17 rakyat Palestin di Rafah, kawasan yang menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung, ketika mereka tiada lagi tempat untuk dituju. Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tenteranya untuk membangunkan rancangan mengosongkan Rafah dan mahu memusnahkan empat batalion Hamas yang dikatakan berlindung di kawasan itu. Tentera Israel turut mendakwa, serangan udara yang dilancarkan di Rafah Rabu lalu membunuh dua pegawai Hamas. Dalam serangan Israel ke atas bandar-bandar Gaza sebelum ini, tentera mengarahkan orang awam melarikan diri ke selatan. Bagaimanapun ketiadaan lokasi selamat untuk mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya