GAZA: Rakyat Palestin mengadu semakin tertekan selepas tentera Israel mengarahkan beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal untuk mengosongkan hospital terbesar di selatan Semenanjung Gaza. Video tular menunjukkan pengumuman dibuat oleh tentera Israel melalui pembesar suara dengan puluhan penduduk dilihat meninggalkan Kompleks Perubatan Al-Nasser di Khan Younis. Lapor BBC, tentera Israel mendakwa sudah membuka laluan selamat untuk orang awam, tetapi tidak berhasrat memindahkan pesakit dan kakitangan perubatan. Wartawan Palestin, Mohammed al-Helo menyiarkan rakaman di Instagram menunjukkan dron berlegar di atas hospital berkenaan ketika seorang tentera yang menggunakan pembesar suara mengarahkan penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya