ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang dipenjara sejak Ogos tahun lalu, menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu. Memetik laporan Agensi Anadolu, dalam satu video dihasilkan menerusi AI, Imran memuji orang ramai yang keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Malah, katanya, perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini di negara itu menyebabkan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan menang besar dalam pilihan raya umum 2024. “Kami sedang menang di lebih 170 kerusi Dewan Rakyat,” katanya dalam satu mesej disiarkan di aplikasi X.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya