SINGAPURA: Pengembara keluar dari republik ini dijangka akan membayar tambang penerbangan lebih tinggi disebabkan levi penggunaan bahan api mampan yang dikenakan oleh kerajaan mulai tahun 2026. Ia merupakan sebahagian langkah mewajibkan pesawat berlepas dari Singapura menggunakan bahan api penerbangan yang mampan demi memelihara alam sekitar. Lapor The Strait Times, hasil kutipan levi penumpang itu akan digunakan untuk pembelian secara pukal bahan api penerbangan mampan yang perlu digunakan oleh syarikat penerbangan sekali gus memulakan pelaksanaannya. Bahan api mesra alam itu dilaporkan tiga hingga lima kali lebih mahal berbanding bahan api biasa. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya