LONDON: Gigi palsu emas yang dipakai bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill dilelong dengan harga £18,000 (RM108,335.07). Set enam gigi palsu direka bagi memelihara rupa bentuk semula jadi gigi Churchill sewaktu perang dunia kedua. Set yang dilelong itu dibuat untuknya ketika berusia 65 tahun pada awal konflik. Gigi palsu dikatakan sangat penting baginya dan dilaporkan Churchill membawa dua set gigi palsu bersamanya pada setiap masa. Syarikat Lelong Cotswold yang mengendalikan penjualan itu berkata, gigi itu diperoleh pada harga £18,000, lebih dua kali ganda daripada harga panduan sebanyak £8,000 (RM48,149.473).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya