NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, beliau berharap gencatan senjata di Gaza dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal minggu depan. Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani dalam perjalanan ke Paris untuk membincangkan perjanjian Gaza ketika Biden menaruh harapan tinggi kesepakatan itu akan dicapai pada hari Isnin. Kenyataan dikeluarkan Pejabat Presiden Perancis memaklumkan Emmanuel Macron akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Tamim bagi membincangkan mengenai krisis yang berlaku di Gaza. Lawatan rasmi itu dilakukan selepas Biden menyatakan beliau berharap agar gencatan senjata di Gaza dapat dimulakan pada awal minggu depan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya