MANILA: Kerajaan Filipina menegaskan pihaknya bersedia menggunakan `kekerasan’ terhadap sebarang cubaan untuk memecah belahkan negara itu. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai keselamatan selepas bekas Presiden Rodrigo Duterte baru-baru ini mengancam untuk memisahkan beberapa pulau di selatan dari seluruh kepulauan berkenaan. Duterte menuntut kemerdekaan Mindanao dari Filipina ketika pakatannya dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr berpecah ekoran perselisihan faham mengenai usaha untuk meminda Perlembagaan. Marcos Jr menyifatkan langkah meminda Perlembagaan 1987 bertujuan untuk memudahkan pelaburan asing. Namun, Duterte pula mendakwa Marcos Jr menggunakan perubahan pindaan Perlembagaan untuk kekal memerintah negara itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya