BEIJING: Sebuah kapal kargo merempuh jambatan di bandar Guangzhou di selatan China, menyebabkan lima kenderaan termasuk sebuah bas awam terhumban ke dalam sungai. Menurut media kerajaan, kemalangan ngeri itu mengorbankan dua orang dan mencederakan seorang lagi manakala tiga yang lain masih hilang. Imej yang dipaparkan saluran CCTV menunjukkan sebahagian jambatan itu runtuh dengan kapal kargo berkenaan terperangkap di bawahnya. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan). Kapten kapal itu ditahan polis dan pengguna jambatan di sekitar lokasi kejadian sudah dipindahkan ke kawasan selamat. Syarikat yang memiliki kapal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya