NEW YORK: Hakim mahkamah di New York memerintahkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membayar sebanyak AS$355 juta (RM1.69 bilion) berhubung kes dakwaan penipuan. Malah, hakim itu turut melarang Trump daripada mengendalikan syarikatnya di New York selama tiga tahun sekali gus memberi tamparan hebat kepada empayar perniagaan dan kedudukan kewangannya. Trump yang hampir pasti menjadi calon presiden dari Republikan menjelang pilihan raya pada November ini, didapati bertanggungjawab menambahkan kekayaannya secara tidak sah dan memanipulasi nilai hartanah untuk mendapatkan pinjaman bank atau terma insurans. Oleh kerana kes itu hanya membabitkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya