BEIJING: Seorang pegawai yang sudah bersara di China dilaporkan membeli kira-kira 13 buah rumah dengan menggunakan wang rasuah. Berita mengenai bekas pegawai jabatan perhutanan di Shaanxi, He Fali menjadi antara topik paling hangat dibincangkan di media sosial selepas pejuang rasuah terkemuka mendedahkan kesnya kepada umum. Menurut Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Tatatertib memaklumkan He Fali membeli hartanah berkenaan menggunakan nama ahli keluarganya selepas meletak jawatan pada tahun 2017. Jelas badan pemantau itu, He Fali dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun pada 2022 kerana menerima rasuah berjumlah 40 juta yuan (RM26.42 juta). Skandal itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya