BANGKOK : Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang dipenjarakan sejak Ogos tahun lalu, dilaporkan akan dibebaskan dengan parol esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Srettha Thavisin. Thaksin menjalani hukuman penjara kira-kira enam bulan selepas pulang dari buangan selama 15 tahun. Hartawan itu dua kali dipilih sebagai perdana menteri sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa tentera 2006. Thaksin dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa pada Ogos tahun lalu namun dalam beberapa hari sahaja hukumannya dikurangkan setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn. Bercakap kepada pemberita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya