GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 29,954 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Gaza. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas dalam satu kenyataan. Menurut kementerian, jumlah korban itu termasuk sekurang-kurangnya 76 kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Jelas kementerian, seramai 70,325 penduduk mengalami kecederaan sejak konflik bermula pada 7 Oktober tahun lalu. Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya lima orang awam Palestin terkorban akibat serangan Israel di Abou Houli, selatan Deir el-Balah. Kes kematian itu dilaporkan ketika tentera Israel meningkatkan serangannya di bandar Gaza tengah,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya