GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 28,858 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza. Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza dikendalikan Gaza menerusi kenyataan. Jelas kenyataan, seramai 68,667 orang mengalami kecederaan di Gaza sejak perang meletus di wilayah itu pada 7 Oktober tahun lalu. Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan beribu- ribu mayat penduduk Palestin dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan di seluruh wilayah itu. Perkara itu secara tidak langsung bermakna angka kematian sebenar jauh lebih tinggi. Sementara itu, serangan udara Israel memusnahkan dua rumah penduduk Palestin di Rafah, selatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya