KABUL: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 30 lagi terperangkap dalam runtuhan salji di wilayah Nuristan, timur Afghanistan. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerbangan dan Kebudayaan wilayah, Jamiullah Hashimi selepas sebahagian besar negara itu dilanda salji yang lebat. “Salji masih turun. Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan. “Kami menjangkakan jumlah kematian mungkin meningkat,” katanya. Salji tebal melanda perkampungan Nakre di lembah Tatin di Nuristan semalaman sehingga menimbuskan beberapa rumah. Menurut Jamiullah, kira-kira 20 rumah dilaporkan musnah atau rosak teruk. Sementara itu, ketua pegawai kerja raya wilayah itu, Maulvi Mohammad Nabi Adel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya