BEIJING: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 44 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah kediaman di Nanjing, timur China. Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada awal pagi semalam. Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati api bermula di tingkat satu bangunan terbabit yang menempatkan parkir basikal elektrik. Kebakaran itu berlaku di daerah Yuhuatai di Nanjing, sebuah bandar yang mempunyai lebih lapan juta penduduk dan terletak kira-kira 260 kilometer barat laut Shanghai. Sebanyak 25 jentera bersama pasukan bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran tersebut. Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira pukul 6.00 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya