Warga emas wasiatkan harta 20 juta yuan kepada kucing, anjing

Warga emas wasiatkan harta 20 juta yuan kepada kucing, anjing

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita warga emas di China sanggup mewasiatkan seluruh harta miliknya yang bernilai 20 juta yuan (RM13.7 juta) kepada kucing dan anjing peliharaannya.

Wanita bernama Liu dari Shanghai berbuat demikian setelah mendakwa haiwan kesayangan itu sentiasa ada bersamanya berbanding anak kandungnya.

Lapor Oddity Central, Liu pada mulanya membuat wasiat yang meninggalkan semua wang dan hartanya kepada tiga orang anaknya.

Namun, Liu baru-baru ini berubah fikiran selepas mendakwa dia diabaikan oleh tiga anaknya.

Wanita itu mendakwa anak-anaknya tidak melawat mahupun menjaga ketika dia jatuh sakit, malah jarang menghubunginya.

Oleh itu, Liu membuat keputusan untuk mewasiatkan semua hartanya kepada kucing dan anjing peliharaannya yang sentiasa berada di sisinya.  

Liu sudah menukar wasiatnya yang menegaskan semua harta akan digunakan untuk menjaga kucing dan anjing peliharaannya apabila wanita itu meninggal dunia kelak.

Undang-undang China melarang warganya mewasiatkan harta kepada haiwan.

Bagaimanapun, selepas berunding dengan peguam, Liu menemukan penyelesaian untuk menangani isu tersebut.

Sebuah klinik veterinar tempatan dilantik sebagai pentadbir harta pusaka dan mengamanahkan klinik itu menjaga haiwan berkenaan.

Sementara itu, pegawai dari ibu pejabat Pusat Pendaftaran Wasiat di Beijing, Chen Kai berkata, wasiat semasa Liu meletakkan hartanya dalam risiko. 

Katanya, pasukannya akan menasihati Liu supaya melantik individu dipercayainya untuk menyelia klinik veterinar bagi memastikan haiwan peliharaannya dijaga dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya