Wanita tipu cuti sakit, terkejut jumpa majikan dalam pesawat 

Wanita tipu cuti sakit, terkejut jumpa majikan dalam pesawat 

TANGKAP layar video dimuat naik Leila Soares di laman TikTok.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang wanita Australia berdepan pengalaman memalukan selepas memberi alasan sakit di tempat kerja untuk bercuti namun bertemu penyelianya dalam pesawat yang sama.

Lapor NDTV, Leila Soares menyiarkan video di laman TikTok melihat pengurusnya semasa dalam penerbangan dan mula merasa terkejut dan malu.

Dalam video itu, Soares mendedahkan, dia mengambil cuti sakit, mencipta alasan berkaitan kesihatan semata-mata untuk pergi bercuti.

Video tersebut merakamkan dengan jelas saat dia menyedari pembohongan kecilnya membawa masalah.

“Mesej bos saya untuk mengambil cuti sakit hanya untuk bertemu dia dalam penerbangan yang sama,” tulisnya pada video itu.

Video itu menunjukkan penumpang keluar dari penerbangan JetStar dan memfokuskan pada seorang lelaki, yang merupakan pengurus Soares. 

Wanita itu kemudian memalingkan kamera ke arah dirinya yang memakai pelitup muka, cermin mata hitam dan topi demi menyembunyikan identitinya.

Dalam ruangan komen, Soares menjelaskan majikannya tidak dapat melihatnya kerana menaiki penerbangan dari bahagian hadapan sementara dia duduk dan masuk dari pintu belakang pesawat. 

Video itu mendapat populariti dalam talian yang besar, mengumpul lebih 11 juta tontonan di laman TikTok.

Bahagian komen turut dipenuhi pelbagai reaksi warga net yang turut berkongsi pengalaman serupa dan ada yang mengagak majikan Soares akan mengetahui helahnya selepas menonton video tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya