Wanita mogok, tidak bercakap lebih 32 tahun

Wanita mogok, tidak bercakap lebih 32 tahun

SARASWATI DEWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang wanita warga emas dari India hanya bercakap selama sejam sehari sepanjang 32 tahun yang lalu.

Lapor Oddity Central, Saraswati Devi yang lebih dikenali sebagai Mauni Mata, memulakan mogok berdiam diri pada tahun 1992 selepas mengabdikan hidupnya kepada tuhan sejak kematian suaminya.

Pada 6 Disember tahun 1992, Devi  bertemu ketua kuil terbesar Ayodhya dan begitu terinspirasi dengannya, menyebabkan dia berikrar untuk menahan diri daripada bercakap sehingga sebuah kuil baharu yang didedikasikan untuk Dewa Ram dibina di bandar itu. 

“Ibu akan berdiam diri selama 23 jam sehari, bercakap selama sejam hanya pada tengah hari. Selebihnya, dia berkomunikasi dengan kami melalui pen dan kertas. 

“Selalunya, kami faham bahasa isyaratnya. Tetapi ada kalanya ibu gemar menulis ayat rumit pada sekeping kertas,” kata menantunya.

Devi masih bercakap dalam tempoh singkat tetapi sejak 2020, apabila Perdana Menteri, Narendra Modi secara rasmi mengumumkan pembinaan kuil Ram Mandir, ahli oktogenarian itu memilih berhenti bercakap sepenuhnya.

Pada 22 Januari ini, apabila kuil Ram Mandir dirasmikan, Devi akan menamatkan mogoknya dengan mengucapkan perkataan pertama ‘Ram Naam’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya