Wanita Ghana cuba pecah rekod dunia, nyanyi 126 jam 52 minit

Wanita Ghana cuba pecah rekod dunia, nyanyi selama 126 jam 52 minit

AFUA Asantewaa menyanyi selama 126 jam dan 52 minit. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA: Seorang wanita dari Ghana cuba memecahkan Rekod Dunia Guiness dengan menyanyi selama lebih 120 jam berturut-turut.

Lapor UPI News, Afua Asantewaa yang merupakan usahawan dan bekas ratu cantik mula menyanyikan kesemua 125 lagu pada malam sambutan Krismas.

Asantewaa bagaimanapun berjaya menamatkan percubaan rekod dunia itu lima hari kemudian.

“Wanita itu dibenarkan mengambil rehat selama lima minit setiap jam atau 20 minit untuk setiap empat jam.

“Persembahan Asantewaa mematuhi peraturan ditetapkan oleh Guinness World Records,” jelas laporan.   

Dilaporkan, Asantewaa cuba mengatasi rekod dicatatkan oleh pemuzik dari India, Sunil Waghmare.

Pada tahun 2012, Sunil mencipta rekod dunia itu selepas berjaya menyanyi selama 105 jam.

Secara tidak rasmi, Asantewaa menyanyi selama 126 jam dan 52 minit, melepasi rekod dicatatkan Sunil iaitu tambahan sebanyak 21 jam.

Bukti video daripada persembahan Asantewaa sudah diserahkan kepada Rekod Dunia Guinness untuk penilaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya