SEOUL: Seorang model Korea Selatan didakwa atas pertuduhan melakukan aksi lucah selepas berjalan di dalam kotak kadbod dan membenarkan orang yang tidak dikenali meraba tubuhnya di tempat awam demi meyakinkan mereka tentang kecantikan asli dimilikinya.
Beberapa bulan lalu, Ain yang mengaku gemar mencari perhatian tular gara-gara aksi keterlaluan itu hingga menjadi tajuk utama media antarabangsa.
Wanita muda itu dilaporkan memakai kotak kadbod tertulis nama ‘Angle Box Girl’ dengan empat lubang di tangan dan kaki, berjalan bersama bantuan seorang lelaki di sekitar daerah Hongdae di Seoul dan meminta orang ramai untuk meletakkan tangan mereka melalui lubang tersebut.
Apabila berita tentang Ain tersebar di jalanan, dia akhirnya menarik perhatian sekumpulan besar orang ramai di kawasan itu hingga terpaksa dihalau anggota polis.
Selepas merasai kemasyhuran, Ain mengulangi perbuatan itu di kawasan kejiranan mewah Apgujeong di Gangnam.
Ramai individu membuat aduan kepada pihak polis selepas video aksi tidak senonoh itu tular di media sosial, menyebabkan Ain didakwa.
Namun model muda itu mengakui akan mencabar dakwaan tersebut dan kerana menganggap perbuatannya itu sekadar untuk memasarkan dirinya dan satu bentuk kebebasan bersuara.-AGENSI