Venice bakal sekat kemasukan pelancong dalam kumpulan besar

Venice bakal sekat kemasukan pelancong dalam kumpulan besar  

BANDAR Venice menerima kehadiran 13 juta pelancong pada 2019. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Venice akan melarang kemasukan kumpulan pelancong melebihi 25 orang dalam usaha mengurangkan implikasi akibat pelancongan besar-besaran ke atas bandar Itali itu.  

Pada masa sama, Venice juga dilaporkan bakal mengharamkan penggunaan pembesar suara di bandar itu. 

Lapor BBC, Majlis Perbandaran Venice menerusi kenyataan memaklumkan peraturan baharu itu akan berkuatkuasa mulai Jun depan.

“Penggunaan pembesar suara diharamkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan gangguan kepada orang ramai,” jelas kenyataan itu.

Pelancongan berlebihan dikenali secara meluas sebagai isu penting untuk Venice, yang merupakan antara destinasi paling banyak dikunjungi pelancong di Eropah.

Pada September tahun lalu, majlis perbandaran Venice meluluskan caj bayaran 4.30 pound (RM25.13) untuk pengunjung harian.

Sementara itu, pegawai bertanggungjawab terhadap keselamatan bandar Venice, Elisabetta Pesce menyambut baik langkah diperkenalkan itu.

Katanya, dasar baharu itu bertujuan `menambah baik pengurusan kumpulan pelancong di bandar bersejarah tersebut’.

Menurut institut perangkaan kebangsaan Itali, bandar Venice yang berkeluasan 7.6 kilometer persegi menerima kehadiran 13 juta pelancong pada tahun 2019.

Bilangan pelancong dijangka melebihi tahap pra-pandemik pada tahun akan datang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya