UNSC tuntut kumpulan Houthi hentikan serangan di Laut Merah

UNSC tuntut kumpulan Houthi hentikan serangan di Laut Merah

KAPAL kargo Galaxy Leader diiringi beberapa bot kumpulan Houthi ketika melalui Laut Merah pada November lalu. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut kumpulan Houthi Yaman segera menghentikan serangan ke atas kapal-kapal di Laut Merah.

Malah, badan antarabangsa itu turut memberi amaran terhadap ketegangan yang semakin meningkat.

Tuntutan itu dibuat dalam resolusi UNSC yang turut menggesa kumpulan Houthi melepaskan kapal Galaxy Leader kendalian Jepun yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan Israel yang diketuai kumpulan itu pada 19 November bersama 25 anak kapalnya.

Seramai 11 anggota negara mengundi menyokong untuk menuntut Houthi `menghentikan segera semua serangan yang menghalang perdagangan global, hak dan kebebasan pelayaran serta keamanan serantau’.

Empat anggota negara termasuk Russia dan China yang menggunakan kuasa veto, mengambil pendekatan berkecuali, manakala tiada yang mengundi menentang resolusi tersebut.

Peruntukan utama resolusi itu menyatakan hak negara anggota PBB selaras dengan undang-undang antarabangsa `untuk mempertahankan kapal daripada segala bentuk serangan termasuk menjejaskan hak dan kebebasan pelayaran.

Peruntukan itu merupakan pengesahan Operasi Penjaga Kemakmuran, pasukan petugas tentera laut multinasional yang diketuai Amerika Syarikat (AS) yang mempertahankan kapal komersial di Laut Merah dan Teluk Aden daripada serangan peluru berpandu dan dron Houthi.

“Ancaman terhadap hak dan kebebasan pelayaran di Laut Merah merupakan cabaran global yang memerlukan tindak balas di peringkat antarabangsa,” kata Duta Besar AS, Linda Thomas-Greenfield yang menggesa UNSC meluluskan resolusi tersebut.

Sementara itu, jurucakap Houthi di Yaman, Mohammed Abdul Salam menolak resolusi UNSC itu dan menyifatkannya sebagai `permainan politik’.

Dakwanya, AS yang melanggar undang-undang antarabangsa. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya