Ukraine terancam jika corak perang berterusan - Putin

Ukraine terancam jika corak perang berterusan – Putin

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin memberi amaran rakyat Ukraine boleh mengalami `tamparan hebat’ sekiranya corak peperangan yang sedang berlaku masih berterusan.

Malah, Putin menegaskan Russia tidak akan sesekali dipaksa meninggalkan kemenangan yang diperoleh menerusi operasi ketenteraannya.

Pemimpin itu membuat kenyataan tersebut yang disiarkan di televisyen, sehari selepas Switzerland bersetuju menganjurkan sidang kemuncak global atas permintaan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Putin menolak `formula keamanan’ yang dibincangkan di Barat dan Ukraine, serta menyifatkannya sebagai `tuntutan larangan’ yang mereka terlibat.

“Jika mereka tidak mahu berunding maka jangan berbuat demikian.

“Kini sudah jelas, bukan sahaja serangan balas Ukraine gagal tetapi inisiatif itu berada sepenuhnya di tangan angkatan tentera Russia.

“Sekiranya ini berterusan, maka warga Ukraine mungkin mengalami tamparan hebat yang tidak boleh dipulihkan,” katanya.  

Formula keamanan dikemukakan oleh Zelensky antara lain menggesa pemulihan integriti wilayah Ukraine, penamatan permusuhan dan pengunduran tentera Russia.

Kenyataan Putin mengenai situasi perang menjadi semakin agresif sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kegagalan serangan balas Ukraine untuk memberi keuntungan besar terhadap tentera Russia.

Pada masa ini, Russia menguasai kira-kira 17.5 peratus wilayah Ukraine.

Putin menyifatkan perbincangan mengenai rundingan merupakan percubaan untuk memotivasikan Russia meninggalkan `keuntungan’ diperoleh sejak lebih setahun lalu.    

“Namun, ia tidak mungkin. Semua orang akan memahami bahawa ini adalah mustahil,” katanya.

Jelas Putin, sebarang rundingan perlu mengambil kira `realiti baharu’ yang diwujudkan oleh pasukan tenteranya di medan perang. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya