Ukraine dakwa tembak jatuh 19 dron Russia semalaman

Ukraine dakwa tembak jatuh 19 dron Russia semalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine memaklumkan tentera Russia melancarkan 20 serangan dron di beberapa sasaran di selatan negara itu semalaman.

Bagaimanapun, Ukraine mendakwa sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan 19 dron buatan Iran itu.

“Musuh menyerang dengan melancarkan 20 kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Shahed-136/131 dari wilayah Primorsko-Akhtarsk di Russia dan dengan dua peluru berpandu anti-pesawat S-300 dari eilayah Belgorod berhampiran Kharkiv,” kata tentera udara Ukraine menerusi kenyataan.

Jelas kenyataan itu, Ukraine menggunakan peluru berpandu dan unit pertahanan udara mudah alih di wilayah selatan termasuk Dnipro.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam serangan Russia di timur bandar Kharkiv dan Odesa di Laut Hitam.

Ukraine menyaksikan peningkatan mendadak dalam angka korban penduduk sejak Disember tahun lalu, ketika Moscow mempergiatkan serangan udara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya