ISTANBUL: Turkiye menahan seramai 33 orang yang disyaki melakukan pengintipan untuk perkhidmatan perisikan Israel, Mossad.
Perkara itu dilaporkan oleh media Turkiye.
Bagaimanapun, laporan media itu tidak mendedahkan identiti termasuk kerakyatan individu yang ditahan.
“Suspek ditangkap dalam operasi serbuan di lapan wilayah sekitar Istanbul.
“Misi mereka termasuk melakukan kerja risikan, pengintipan dan penculikan,” jelas laporan Agensi Anadolu dan DHA. – AFP