TOKYO: Tsunami setinggi 0.4 meter atau 1.3 kaki direkodkan berhampiran loji tenaga nuklear terbesar dunia, Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun.
Perkara itu dimaklumkan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dalam satu kenyataan.
Lapor Sputnik, jawatankuasa keselamatan wilayah Fukui mengesahkan tiada situasi kecemasan dilaporkan di kemudahan loji nuklear itu.
Menurut laporan agensi itu, amaran tsunami dikeluarkan bagi semua pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu.
“Malah, amaran tsunami besar juga diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi,” jelas laporan.
Bermula dari pukul 4.06 petang (waktu tempatan), sebanyak sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 melanda kawasan wilayah Ishikawa dan Niigata.