BOGOTA: Sekurang-kurangnya 18 maut dan 30 lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di barat laut Colombia.
Menurut pegawai dari pejabat gabenor di jabatan Choco, jalan yang menhubungkan bandar Medellin dan Quibdo terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan rosak.
“Ramai orang keluar dari kenderaan mereka di jalan raya untuk berteduh di sebuah rumah berhampiran perbandaran Carmen de Atrato.
“Namun, malangnya rumah tersebut ditimpa tanah runtuh mengakibatkan mangsa tertimbus dalam kejadian itu,” katanya.
Naib Presiden Colombia, Francia Marquez menerusi aplikasi X mengesahkan kira-kira 30 mangsa mengalami kecederaan.
Sementara itu, Datuk bandar Carmen de Atrato, Jaime Herrera berkata, mangsa mengalami cedera parah dalam kejadian itu manakala ramai lagi masih lagi terperangkap di dalam runtuhan itu.
Beberapa gambar disiarkan di media sosial dan saluran televisyen menunjukkan kenderaan musnah akibat tanah runtuh. – AFP