BEIJING: Puluhan orang tertimbus dan tiga orang disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Yunnan, berhampiran barat daya China.
Menurut penyiar CCTV, kira-kira 18 rumah tertimbus dalam kejadian yang berlaku di Daerah Zhenxiong, wilayah Yunnan.
Malah, jelas laporan, sekurang-kurangnya 200 penduduk terpaksa dipindahkan segera dari kawasan tersebut.
Berdasarkan laporan itu, tiga orang disahkan maut dan pasukan penyelamat menyelamatkan empat mangsa sejurus selepas pukul 4 petang (waktu tempatan).
CCTV melaporkan kira-kira 200 anggota penyelamat bersama puluhan jentera bomba dan peralatan lain dikerahkan ke lokasi kejadian.
Rakaman dikongsi di media sosial menunjukkan anggota penyelamat mengalihkan timbunan batu yang runtuh di tengah-tengah pergunungan yang dilitupi salji.
Berdasarkan laporan CCTV, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyeluruh.
CCTV menyiarkan imej dikatakan memaparkan anggota bomba sedang menarik keluar penduduk yang terperangkap dari rumah yang terjejas akibat bencana itu. – AFP