Taiwan putuskan hubungan diplomatik dengan Nauru

Taiwan putuskan hubungan diplomatik dengan Nauru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan mengumumkan negaranya akan menamatkan hubungan diplomatik dengan Nauru.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Taiwan dalam satu kenyataan.

Tindakan itu diambil selepas negara Pasifik Selatan itu memaklumkan memutuskan hubungan dua hala dengan Taiwan dalam satu hantaran di Facebook.

“Republik China akan menamatkan hubungan diplomatik dengan Pulau Pasifik Nauru berkuat kuasa serta merta demi menjaga maruah negara,” kata Timbalan Menteri Luar, Tien Chung-kwang yang merujuk Taiwan dengan nama rasminya.

Terdahulu, kerajaan Nauru dalam satu hantaran media sosial mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan, dan sebaliknya akan mengiktiraf China.

Presiden David Adeang mengumumkan keputusan itu dalam ucapannya disiarkan di Facebook, dengan menjelaskan keputusan Nauru untuk mengiktiraf Republik China.

Dalam satu kenyataan berasingan, kerajaan Nauru memaklumkan tidak akan mengiktiraf Taiwan sebagai negara berasingan tetapi sebaliknya sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

Jelas kenyataan itu, Nauru akan memutuskan hubungan dua hala dengan Taiwan serta-merta dan tidak akan menjalin sebarang hubungan rasmi atau pertukaran rasmi dengan wilayah separa autonomi itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya