Syarikat Elon Musk implan mikrocip dalam otak manusia

Syarikat Elon Musk implan mikrocip dalam otak manusia

SYARIKAT Neuralink diasaskan oleh hartawan, Elon Musk. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengasas Neuralink, Elon Musk mengumumkan syarikat pemulanya buat pertama kali berjaya melakukan prosedur implan mikrocip dalam otak manusia.

Lapor Daily Mail, Musk berkata, syarikat neuroteknologi itu melakukan kraniektomi untuk memasukkan peranti berkenaan pada seorang pesakit yang tidak didedahkan namanya.

Menurut hartawan itu, pesakit yang menerima mikrocip dinamakan Telepathy kini stabil dan semakin pulih.

“Individu pertama menerima implan dari Neuralink pada Ahad lalu dan dia kini semakin pulih.

“Keputusan awal menunjukkan pengesanan spike neuron yang menjanjikan,” kata Musk.

Sehubungan itu, Musk berharap prosedur demikian dapat membantu individu menghidap penyakit saraf yang menyebabkan mereka tidak boleh bergerak mahupun bercakap.

“Pengguna awal merupakan individu mengalami kecacatan atau lumpuh semua anggota badan. 

“Bayangkan jika pakar fizik terkemuka, Stephen Hawking boleh berkomunikasi lebih pantas berbanding jurutaip atau jurulelong. Itulah matlamat yang mahu kami capai,” katanya.

Berita kejayaan Neuralink menjalankan prosedur memasukkan Telepathy pada otak manusia dikongsikan oleh Musk di aplikasi X.

Tahun lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) memberi kebenaran kepada syarikat terbabit untuk menjalankan ujian klinikal pertama pada manusia.

Usaha syarikat pemula itu, PRIME Study merupakan percubaan terhadap hubungan tanpa wayar antara komputer dan otak bagi menilai keselamatan pemasangan cip serta robot surgikal.

Kajian itu akan menilai keupayaan hubungan itu bagi membantu individu yang mengalami kecacatan atau lumpuh kesemua empat anggota badan untuk mengawal alat bantuan yang mereka gunakan menerusi fikiran masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya