Skandal pemerdagangan seks Jeffery Epstein kembali jadi perhatian - Utusan Malaysia

Skandal pemerdagangan seks Jeffery Epstein kembali jadi perhatian

JEFFERY Eipstein dan Ghislaine Maxwell. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA Jeffery Epstein kembali menjadi sensasi media sejak minggu lalu selepas hakim Mahkamah New York mendedahkan lima siri dokumen berkaitan kes beliau bersama senarai nama individu terkenal yang turut terpalit dengan skandal pelacuran gadis bawah umur dilakukannya.
Epstein ditahan pada Julai 2019 atas tuduhan pemerdagangan seks dan konspirasi dalam skandal pelacuran melibatkan gadis-gadis bawah umur.
Jutawan dana lindungan nilai itu meninggal dunia semasa di penjara, dan kematiannya secara rasmi diputuskan sebagai bunuh diri oleh pemeriksa perubatan New York City.
Eipstein pernah berkhidmat 13 bulan di penjara daerah Palm Beach dan mempunyai kalangan rakan sosial berprofil tinggi.
Bekas sekutu perniagaan yang turut terpalit dengan skandal pemerdagangan seks dijalankannya termasuk Bill Clinton, Donald Trump, dan anak Ratu Elizabeth, Putera Andrew.
Pada Julai 2020, bekas teman wanita dan rakan perniagaannya, Ghislaine Maxwell ditahan atas tuduhan berkaitan operasi pemerdagangan seks Epstein.Bekas sosialit Britain itu didapati bersalah atas lima daripada enam pertuduhan, dan pada Jun 2022, dia dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.
Kertas mahkamah berkaitan Epstein mula didedahkan pada 5 Januari lalu di bawah perintah hakim, mengandungi sebahagian daripada tuntutan mahkamah fitnah yang difailkan salah seorang mangsa, Virginia Giuffre terhadap Maxwell serta keterangan saksi dan bukti lain berkaitan kes yang difailkan pada 2015 itu.
Kumpulan kelima dan terakhir dokumen mahkamah melibatkan 1,400 muka surat rekod berkaitan kes tersebut termasuk keengganan Epstein untuk menjawab soalan peguam, serta dakwaan memeras ugut individu terkenal.
Selain Clinton dan Putera Andrew, selebriti Hollywood seperti Leonardo DiCaprio, Bruce Willis, Kevin Spacey mendiang Michael Jackson, Stephen Hawking, George Lucas, Cate Blanchett, Cameron Diaz, David Copperfield dan Chris Tucker turut termasuk dalam senarai individu yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
Bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore, bekas Presiden AS, Donald Trump, jutawan Richard Branson, bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak turut tersenarai dalam dokumen mahkamah tersebut.
Bagaimanapun sejauh mana penglibatan mereka dalam kes tersebut tidak dinyatakan.
Selama bertahun-tahun Epstein didakwa mengeksploitasi gadis bawah umur untuk menjalankan aktiviti pelacuran di rumahnya di Manhattan, Palm Beach, Florida dan pulau peribadinya berhampiran St. Thomas.
Demi mengekalkan dan menambah jumlah gadis untuk dijadikan hamba seks, Epstein didakwa membayar beberapa gadis yang terlibat untuk merekrut rakan atau kenalan mereka malah, melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan seawal usia 14 tahun.
Dalam tuntutan mahkamah yang dibuat Peguam Virgin Island, Denise George, Epstein akan terbang ke St. Thomas untuk membawa mangsa-mangsanya.
“Epstein akan terbang dengan jet peribadinya dan dari situ, dia akan menggunakan dua helikopter dari Hyperion Air untuk mengangkut wanita muda dan gadis bawah umur antara St. Thomas dan Little St. James,” jelas dokumen itu.
Geoge menjadi peguam selepas kematian Epstein dan pejabatnya menyaman harta pusaka lelaki itu, dan berjaya memperoleh penyelesaian berjumlah AS$105 juta (RM487.34 juta) bagi pihak Virgin Island.
“Ketika dia masih hidup, pihak berkuasa tidak menghampiri kawasan itu kerana diberitahu mereka tidak boleh memasuki harta persendirian itu.
“Ingat, dia memiliki seluruh pulau, jadi mustahil bagi remaja perempuan atau gadis muda boleh melarikan diri dan berlari ke balai polis terdekat,” kata George.
George berkata, pulau itu adalah tempat untuk Epstein menyembunyikan aktiviti jenayahnya dan menegaskan beliau akan meneruskan tuntutan mahkamah walaupun selepas kematian lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya