Sheikh Hasina pertahan jawatan PM Bangladesh

Sheikh Hasina pertahan jawatan PM Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mempertahankan jawatannya buat penggal kelima dengan partinya meraih tiga perempat kerusi di Parlimen.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, Liga Awami yang dianggotai Hasina diumumkan memenangi Pilihan raya Umum Bangladesh, walaupun peratusan keluar mengundi amat rendah, kurang 40 peratus.

Parti Liga Awami memenangi 223 daripada 300 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Hasina menerajui Bangladesh dalam merancakkan pertumbuhan pesat ekonomi di negara yang dilanda kemiskinan, tetapi kerajaannya turut terpalit dengan dakwaan melakukan pencabulan hak asasi manusia yang berleluasa dan tindakan kejam terhadap pembangkang.

Pilihan raya tersebut dilaporkan berlangsung semalam tanpa penyertaan parti pembangkang.

Parti Liga Awami tidak menghadapi saingan di kerusi yang ditandinginya, tetapi enggan meletakkan calon di beberapa kawasan pilihan raya dalam usaha mengelakkan badan perundangan dilabelkan sebagai institusi satu parti.

Sementara itu, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), melancarkan mogok umum dan memboikot menyertai pilihan raya tersebut yang dianggap mereka sebagai palsu.

Sokongan ahli Parlimen lain termasuk daripada parti bersekutu bakal mendorong penguasaan Hasina ke atas Parlimen.

Hasina, 76, menyeru rakyat supaya menunjukkan kepercayaan terhadap proses demokrasi dan melabel BNP sebagai organisasi pengganas.

Sementara itu, Ketua BNP, Tarique Rahman, yang kini berada dalam buangan di Britain mendakwa keputusan pilihan raya itu memalukan aspirasi demokrasi Bangladesh.

BNP dan parti lain mengadakan protes selama berbulan-bulan tahun lalu, menuntut Hasina berundur sebelum pilihan raya berlangsung.

Pegawai pilihan raya berkata, pengundian sebahagian besarnya lancar, dengan hampir 800,000 pegawai polis dan tentera dikerahkan di seluruh negara.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya