Serangan Ukraine: Russia pindahkan 300 penduduk dari Belgorod

Serangan Ukraine: Russia pindahkan 300 penduduk dari Belgorod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tentera Russia memindahkan kira-kira 300 penduduk di Belgorod, sebuah bandar berhampiran dengan sempadan Ukraine, susulan serangan udara Ukraine.

Perkara itu disahkan oleh Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov menerusi satu rakaman video yang disiarkan di aplikasi Telegram.

“Kira-kira 300 penduduk Belgorod memutuskan untuk berpindah buat sementara waktu.

“Ketika ini, semua penduduk itu ditempatkan di beberapa pusat perlindungan terletak di Stary Oskol, Gubkin dan daerah Korochansky yang jauh dari sempadan Ukraine.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, kami menerima 1,300 permintaan untuk menghantar kanak-kanak di Belgorod ke pusat pemindahan dikendalikan di sekolah yang jauh dari bandar, di wilayah lain,” katanya.

Sebelum ini, Gladkov menawarkan untuk memindahkan penduduk Belgorod dari bandar itu, terletak kira-kira 32 kilometer (km) dari sempadan Ukraine, ke tempat yang selamat.

Tentera Kyiv melancarkan serangan berterusan ke atas Belgorod sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pemindahan penduduk Belgorod merupakan yang terbesar di bandar utama Russia sejak Moscow memulakan ‘operasi ketenteraan khas’ di Ukraine pada Februari 2022.

Serangan Ukraine ke atas bandar itu pada 30 Disember tahun lalu, mengakibatkan 25 penduduk terbunuh, sekali gus merekodkan jumlah korban orang awam paling ramai sejak bermulanya konflik Ukraine-Russia.

Serangan Ukraine susulan pengeboman besar-besaran tentera Moscow di seluruh Ukraine.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya