Russia tuduh Ukraine lakukan serangan pengganas di Belgorod

Russia tuduh Ukraine lakukan serangan pengganas di Belgorod

ANGGOTA penyelamat dengan bantuan orang ramai memindahkan penduduk yang cedera dalam serangan di Belgorod. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia menuduh Ukraine melakukan `serangan pengganas’ ke atas orang awam di bandar Belgorod termasuk menggunakan bom berangkai sehingga mengorbankan 21 penduduk selain mencederakan berpuluh-puluh lagi.

Susulan itu, Russia memberi amaran kepada Ukraine bahawa negara itu tidak akan terlepas daripada hukuman.

Dalam satu mesyuarat tergempar di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang dituntut oleh Russia, utusan khas negara itu, Vasily Nebenzya mendakwa Kyiv melancarkan serangan menyasarkan pusat sukan, gelanggang ais dan universiti.

“Bagi meningkatkan jumlah korban serangan itu, mereka menggunakan bom berangkai.

“Ia amat jelas merupakan serangan yang disengajakan, tanpa mendiskriminasi menyasarkan orang awam,” katanya.

Serangan Belgorod tercetus sehari selepas Ukraine mendakwa berlaku serangan bertubi-tubi peluru berpandu Russia ke atas beberapa bandar, sehingga sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dan puluhan lagi mangsa cedera.

Menurut pegawai Ukraine, serangan baharu berlaku kelmarin menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban di bandar timur laut Kharkiv.

Belgorod terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari sempadan dengan Ukraine dan berulang kali dikejutkan dengan bedilan sembarangan oleh tentera Kyiv.

Satu rakaman video yang belum disahkan menunjukkan jalan yang berselerak dengan serpihan dan dipenuhi kepulan asap akibat kebakaran kereta di pusat bandar.

Menurut pihak berkuasa Russia, jumlah kematian itu turut merangkumi sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak, manakala 17 kanak-kanak antara 100 mangsa yang cedera.

Jelas pihak berkuasa perbandaran, tarikh 1 Januari akan diisytiharkan sebagai hari berkabung di ibu kota Kyiv yang mana sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya